BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 23 Februari 2010

Assalamualaikum...

Saya ialah salah seorang pelajar di Universiti Apex yang mengambil jurusan Bahasa Melayu sebagai bidang major. Saya berminat dengan bahasa Melayu kerana ingin bersama-sama pejuang bahasa untuk memartabatkan bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa Melayu pada masa ini tidaklah semegah pada masa dahulu kerana faktor-faktor tertentu yang telah mempengaruhinya. Malah bangsa Melayu sendiri yang memperlekehkan bahasa Melayu. Saya sendiri mengalaminya kerana kebanyakan rakan-rakan saya memperlekehkan pelajar-pelajar yang mengambil jurusan bahasa Melayu. Tidakkah mereka sedar bahawa bahasa apakah yang mereka tuturkan semasa berkomunikasi dengan orang lain dan semasa menimba ilmu? Oleh itu,blog ini merupakan salah satu usaha saya untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya bahasa Melayu dalam kehidupan kita seharian..

0 ulasan:

pesanan oleh blogger

Di sini saya sediakan beberapa keping gambar saya bersama rakan-rakan saya untuk anda lebih mudah mengenali diri saya. Siapa tahu kita pernah berjumpa sebelum ini cuma tidak pernah bertegur sapa..huhu

Di sini juga saya sertakan beberapa keping video di dalam laman web Youtube tentang pidato bahasa Melayu oleh pencinta-pencinta bahasa. Mari kita sama-sama ikuti keindahan bahasa Melayu melalui pidato mereka. JOM!

Di bawah ini bermulalah aktiviti-aktiviti saya dalam mengkaji penggunaan bahasa Melayu di merata-rata tempat. Jom layan!